Tuesday, January 13, 2009

Selamat Tahun Baru 2009

Assalamulaikum,

Di sini saya ingin berkongsi dengan teman2 bagaimana saya menyambut tahun baru 2009 di tempat saya, Bdr Tasik Puteri (BTP), Rawang.Walaupun saya hampir mencecah setengah abad, tak pernah seumur hidup saya mahupun keluarga saya pergi ke KL/Dataran Merdeka meraikan kedatangan tahun baru. Berlainan pula pada tahun 2009, di mana tergerak di hati saya untuk sama2 meraikan tahun 2009 di mana dianjurkan satu program ceramah berbentuk motivasi oleh pihak surau di BTP.

Di kala ibukota Kuala Lumpur dipenuhi dengan ribuan manusia dengan dilalaikan segala bentuk hiburan dan percikan bunga api, di BTP dihidangkan program berbentuk motivasi untuk anak2 remaja dan juga ibu bapa.Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Hanapi dari sebuah Pusat Pemulihan Remaja di Bt Beruntung, banyak mendedahkan gejala sosial yang begitu teruk melanda anak2 melayu yang rata2nya beragama Islam. Yang paling mengerunkan adalah adanya pengedaran dadah yang dilakukan oleh pelajar2 di sekolah. Eee... tak gerun ke kita mendengarnya. Dulu dadah hanyak berleluasa di tempat2 yang sunyi, zaman ni dah terlalu open. Nauzubillah, jauhilah anak2 kita dari bahaya ini. Selalulah kita memanjatkan doa agar dijauhi segala kemaksiatan ini pada anak2 kita. Amin.

Selain daripada itu, ditonjolkan tanpa tapis, gambar mat2 rempit yang mati kemalangan, ada yang hancur mukanya, putus tangannya dan banyak lagi. Ngeri..... !! Ada pula ditonjolkan kes pembuangan bayi yang dibuang macam buang sampah aje, tepi longkang, dalam semak, dalam tandas. Ya Allah apa nak jadi pada dunia akhir zaman ini.

Sepanjang 3 jam ceramah yang disampaikan oleh beliau, saya tidak terasa masa berlalu begitu pantas. Saya hanya sedar jam hampir ke detik 12 malam, apabila Ustaz Hanpi mengumumkan masa ada lagi 5 minit untuk count down. Tapi kami tak lah buat count down macam di KLCC. Tepat je detik 12 malam, Ustaz Hanpi meminta semua yang hadir untuk bangun dan beliau terus membaca doa Selamat Tahun baru, memohon pada Allah SWT agar dijauhi segala mala petaka dan bencana dari melanda semua umat Islam. Selesai doa selamat, yang hadir diminta sama2 membaca Asma al Husna iaitu 99 nama Allah secara berlagu yang dipasangkan melalui screen.

Alhamdulillah, majlis ditamatkan jam 12,30 pagi. Apa yang dapat saya simpulkan di sini, adalah untuk mengingati diri saya sendiri serta sesiapa saja yang membaca artikel ini, sama2lah kita mendidik dan menyayangi anak2 kita agar mereka menjadi pelapis yang boleh membela agama, bangsa dan negara ini. Kalaulah anak2 remaja kita banyak yang terjebak ke dalam kemaksiatan, janganlah kita terus biarkan mereka hanyut di bawa arus kecelakaan. Marilah kita membawa mereka ke jalan yang diredhai oleh Allah SWT dan janganlah disisihkan mereka dari keluarga kita.

Besarlah harapan saya agar program seperti ini dapat dilaksanakan di mana2 saja sewaktu sambutan tahun baru. Janganlah kita asyik meniru apa yang barat buat, kita pun sama buat malah lebih teruk dan lebih hebat dari mereka. Sama2lah kita fikirkan. Aaaa Lu pikirlah sendiri... bak kata Nabil Raja Lawak.

Salam dan Selamat Tahun Baru 2009 (terlewat sikit daa.....)

No comments: