Tuesday, January 13, 2009

Kisah Alexander Bukan Zulkarnain - ASTRO Oasia


Sun 11:09pm Edit Note Delete

abtu pagi aku berpeluang menyaksikan siri The Making of 'Alexander Bukan Oasis' yang disiarkan melalui Astro Oasia. Malam jumaat tak dapat tengok coz anak aku nak tengok Raja Lawak, jadi bagi can.Walaupun siri pertama memaparkan pembikinan dan segala halangan yang dihadapi oleh krew penerbitan, tapi dari temuramah dengan mereka yang terlibat, menarik minat aku untuk terus menyaksikan progam ini yang akan disiarkan setiap Jumaat 10 malam.

Tabik hormat pada FM production and Oasis kerna mampu menyiarkan sebuah dokumentari yang akan menyingkap rahsia siapa sebenarnya Alexander yang sering dikaitkan dengan Dzulkarnain yang tersebut namanya dalam Surah Al Kahfi. Adakah dia orang yang sama, atau dua orang yang berlainan. Jadi sama2lah kita menyaksikan siri ini untuk mengetahui rahsia sebenarnya.

Daripada dok asyik dibuai dengan fantasi perkahwinan Mawi Ekin, baiklah kita mengadap satu progam yang boleh membuat membongkar rahsia sebenar siapa dia Alexander seorang penakluk benua yang zalim dan menilai kemuliaan Dzulkarnain yang tersurat dalam Surah Al Kahfi. Sama2lah kita saksikan.......!!

1 comment:

Anonymous said...

Salam...

Marilah bersama memberi sejarah yang benar kepada generasi kita selepas ini. Kita tidak lagi boleh memamah sejarah barat yang sedia berat sebelah.

Terima kasih atas sokongan. Moga sudi menontonnya hingga selesai. catitan kembara untuk mencari Zulkarnain juga boleh diperolehi di blog saya dibawah kategori kajian : Alexander Bukan Zukarnain.

Terima kasih sekali lagi.

syirfan indra
Penerbit Alexander Bukan Zulkarnain