Saturday, January 17, 2009

Alexander Bukan Zulkarnain - Episode 1

Assalamualaikum,


Hari ini saya berpeluang juga untuk menyaksikan siri yang saya nantikan. Walaupun saya tidak dapat menyaksikan pada malam Jumaat coz bertindih dengan Raja Lawak (suami saya tengoklah) namun sebab ada ulangan, dapatlah menontonnya pada jam 5 ptg hari Sabtu.


Terima kasih pada penerbit siri ini saudara Syirfan Indra kerana sudi memberi komen pada nota saya ini dan insya allah saya akan terus menonton siri ini hingga habis. Dan untuk saudara Syirfan serta teman2, teruskan usaha ini untuk membongkar kesahihan sejarah yang sebenarnya mengenai Alexander dan juga Zulkarnain, lelaki misteri tersebut dalam surah Al Kahfi.

Setelah menonton episode pertama ini, saya agak terperanjat apabila ada dinyatakan asal usul raja-raja melayu asalnya daripada Alexander. Saya sudah lama meninggalkan bangku sekolah hampir 30 tahun. Apa yang saya ingat sewaktu pelajaran sejarah dulu, memang kami dibentangkan dengan kisah kemasyuran Alexander ini. Saya pun sudah lupa kisahnya dan tidak mengikutinya sehinggalah siri ini diterbitkan. Jadi pemahaman saya tentang sejarah ini agak kaburlah. Cuma saya masih musykil akan kesahihan asal usul raja-raja melayu yang dikatakan berasal dari susur galur Alexander. Daripada temuramah dengan pensyarah2, saya dapat merumuskan bahawa kesahihan keturunan ini masih boleh dipertikaikan samada betul berasal daripada alexander. Pengkajian yang dibuat oleh orang zaman dahulu adalah berasaskan pada method zaman itu. Jadi mungkin benar dan mungkin tidak perkara ini. Sama-samalah kita fikirkan.

Seperti yang dinyatakan dalam episode ini, ada 3 persoalan yang perlu ditanya oleh puak Yahudi kepada Nabi Muhammad SAW untuk mengesahkan yang beliau sebenarnya Rasul yang diutus oleh Allah SWT. Salah satu persoalan tersebut adalah mengenai seorang pemerintah bernama Zulkarnain yang namanya tersebut dalam Surah Al Kahfi. Walaupun episode ini belum memaparkan sepenuhnya kisah Zulkarnain, namun saya percaya beliau adalah pemerintah yang hebat, apatah lagi namanya tercatit dalam Al Quran. Marilah kita terus menonton siri ini untuk mengetahui kebenarannya.....!!

Wassallam.

No comments: