Tuesday, January 13, 2009

Melaka trip



Setelah begitu lama merancang dan Rizal pun selesai SPMnya, kami pun memulakan perjalanan menuju Melaka Bandaraya bersejarah. Tapi sebelum itu, kami singgah sebentar di Tampin melawat Pak Lang Win sebab dengan khabar dia kurang sihat. Tapi setelah melawat beliau, nampak tidak ada masalah kesihatan yang serius.Tiba di Hotel Seri Melaka Air Keroh tepat jam 1.30 ptg, check ini, solat dan makan tengahari yang aku siap bekalkan dari rumah. Siap bawa mickowave sekali senang nak panaskan lauk, rice cooker pun ada, jadi jimat belanja untuk makan malam dan tengahari. Selesai makan dan solat, rehat sebentar untuk hilangkan kepenatan dalam perjalanan.



Disinilah kami menginap 3 hari 2 malam, oklah bilik dia


Lepas maghrib,kami menuju ke Peringgit untuk menziarahi sepupu kami, Kak Ju dan Amrul. Yelah, waktu majlis perkahwinan anak mereka tempoh hari, kami tak dapat hadir coz abang kurang sihat. So kami ziarah ni boleh dikatakan sebagai minta maaflah!! Alhamdulillah mereka ada dirumah coz mereka tak berniaga hari ini. Kami tak hadapi masalah cari rumah mereka sebab alamat ada dalam kad jemputan, nak call dulu tak boleh, coz no handphone dah tukar rupanya. Nasib baik mereka ada di rumah,dan kami dijamu dengan hidangan makan malam, apalagi sapulah. Padahal nasi dah masak kat hotel tadi, tak pe boleh buat bekal untuk trip esok. Sempat juga ambil gambar sebagai kenang-kenangan.



Lawatan mengejut ke rumah sepupu di Peringgit





Keesokan harinya, selepas selesai minum pagi di Restoren yang disediakan, kami memulakan perjalanan melawat sekeliling Bandar Hilir yang penuh bersejarah. Abang awal-awal lagi dah beritahu dia tak berapa mahir dengan pekan Melaka, main randuk ajelah!! Tapi alhamdulillah, sampai juga kami ke lokasinya iaitu di Menara Taming Sari yang ada menara berpusing. Mula teringin juga nak naik, tapi tengok macam tak yakin je, batal program.





Ooi, seriau (kata orang kedah), tak jadi naik



Kemudian kami meneruskan perjalanan mengelilingi kawasan Menara ini di mana kami sempat bergambar dengan kereta lembu yang tak bergerak (patung lah tu). Di situ juga ada di pamerkan keretapi dan kapalterbang lama. Seterusnya terserempak dengan pintu masuk ke Bukit St Paul, punyalah tinggi, batal rancangan nak naik, ambil gambar depan pintu masuk cukup lah tu.




Bergambar bersama kereta lembu yang tak bergerak


Lawatan seterusnya ialah ke Muzium Samudera di mana terbinanya kapal Portugis sejak tahun 1997. Dalam ni dipamerkan segala peralatan perkapalan sewaktu zaman kegemilangan Melaka. Bayaran yuran adalah RM3.00 dan kami juga dibekalkan dengan beg plastik, ingatkan nak kutip cenderahati kat atas tu, rupanya untuk simpan kasut coz kat dalam tu tak boleh pakai kasut, pulak!!!




Hadapan kapal Portugis


Setelah puas menjelajah dalam kapal Portugis, kami berehat sebentar kerana lepas ni kami nak ke bazaar yang terletak berhampiran dengan muzium Samudera ini. Apabila badan dan rasa fresh, kami mula melanjutkan lawatan ke bazaar untuk membeli cenderahati untuk di bawa pulang. Tak banyak yang kami beli, cuma key chain untuk teman office, dan untuk family ada belacan, cincaluk dan dodol. Jadilah daripada tak ada apa.Lepas tu kami melawat pula ke Muzium TLDM di mana yurannya adalah sama dengan yuran Muzium Samudera. Ini sudah kira oklah. Biasalah kalau pameran tentera, tak ada lain uniform, peralatan tenteranya dan penerangan tentang sejarah TLDM di negara ini. Anak teruna aku lah yang paling excited, dalam muzium ni gambar dia aje. Kasi canlah!!






Si teruna posing dengan uniform TLDM








Si teruna posing dengan heli TLDM







Memandangkan tempoh parking kereta kami masih panjang (5 jam setakat pukul 3ptg) kami berehat sebentar sambil memikirkan kemana pulak nak pergi lepas ni. Nak pusing satu pekan Bandar Hilir ni tak berapa pandai, tiba-tiba muncul pula bas dua tingkat yang menawarkan bayaran sebanyak RM5 untuk selama setengah jam pusing satu bandar hilir. Apalagi terpa ajelah, nak naik beca mahal sangat, lagipun beca tak pusing jauh. Apalagi naik aje bas 2 tingkat, terpa tingkat atas macam jakun. Gelakkan orang macam jakun, kita pun samalah jadi jakun. Seronok juga dapat naik bas 2 tingkat ni. Boleh tengok pekan bandar hilir dengan lebih dekat dan puas hati dengan bayaran dan tempoh perjalanannya. Setiba aje di lokasi Menara Taming Sari, kami pun turun. Dek leka agaknya, terlupa pula nak ambil gambar penuh bas 2 tingkat tu, yang ada cuma gambar masa dalam bas, jadilah!!

Sekarang dah masuk jam 1.15 tghhari, waktu zohor pun dah masuk, jadi kami pun bersolat dulu sebelum meneruskan perjalanan ke Sg Udang untuk menziarahi teman sewaktu dalam tentera dulu yang hampir 23 tahun tak bertemu. Aku pun telepon teman aku nama Yati juga, dia masih belum ada dirumah tengah shopping kat bandar hilir juga. Tak pe lah kata aku, lepas jam 3 kami sampai ke rumahnya. Selesai solat, perut pun dan berkeroncong, kami pun mula meneruskan perjalanan menuju ke Sg Udang, tapi sebelum tu singgah dulu di Pantai Puteri Tg Keling untuk makan tengahari yang aku telah siap bekalkan, jimatlah sikit. Setelah selesai makan, kami pun terus ke Tmn Peruna, Sg Udang mengikut alamat yang telah Yati beri pada aku tempoh hari. Mula-mula agak tersasar juga, tersalah jalan, tapi alhamduillah sampai juga kami di rumahnya. Tapi malangnya Yati masih belum sampai, jadi kenalah aku tunggu. Tak lama lepas tu Yati dan suami serta anak bongsunya pun tiba. Apa lagi berpeluk sakanlah kami, dah macam jejak kasih pulak rupanya. Lama juga kami dirumahnya, sejak jam 4 petang, sempat minum petang bersama. Punyalah panjang cerita, tanya kisah si anu, anak berapa, dah menantu ke, heh kalau nak ikut tak cukup sejam dua nak bercerita.
Agak-agak hampir jam 6, suami aku pun beri signal nak balik semula ke Air Keroh. Apalagi sebelum berpisah, berpeluk sakanlah lagi dan mengucapkan selamat tinggal, moga berjumpa di lain hari. Punyalah leka dengan situasi ni, aku terus terlupa nak ambil gambar bersama mereka, dah jauh kat 3 batu baru teringat. Melepaslah, kamera dan handphone bukan tak ada, tapi dek leka berborak, terus semua lupa. Insya allah kalau diizinkan Tuhan, kami akan berkunjung lagi ke Sg Udang, dan lepas ni kena pasti ambil gambar.

Sampai di Air Keroh, tak ada apa aktiviti, cuma makan malam, tengok TV sat, lepas tu mata pun dah mula layu, tidur ajelah sebab esok nak teruskan perjalanan, balik ke Rawanglah apa lagi.Jadi sebagai penutup, apa yang dapat aku simpulkan di sini, lawatan ke Melaka ni banyak meninggalkan kenangan yang manis kepada kami. Anak ku Rizal dapat menimba ilmu akan sejarah negeri Melaka dan aku dapat mengeratkan semula hubungan sahabat yang terputus hampir 20 tahun. Insya allah jika diizinkan, kami ingin kembali semula ke sini. Dan mungkin selepas ini, kami akan cuba untuk melancung pula ke utara Malaysia samada Kedah atau Perlis, Insya allah. Wassallam.


No comments: