Saturday, January 31, 2009

Kes A Kugan bukan sentimen perkauman

Assalamualaikum,



Melihat tajuk di atas tentu pembaca dapat meneka apa yang akan saya perkatakan dalam artikel saya kali ini. Beberapa hari sebelum rakyat Malaysia menyambut Tahun Baru Cina yang bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina, malah oleh semua bangsa di Malaysia, kita dikejutkan dengan berita tentang kematian seorang lelaki India, A Kugan yang didakwa terlibat dalam kes curi kereta mewah oleh PDRM. Bukanlah niat saya untuk menafikan peranan PDRM dalam menangani masalah jenayah yang berleluasa di negara ini malah kita tabik hormat atas usaha mereka itu. Apa yang kita persoalkan mengapa sering berlaku kematian terhadap tahanan yang dalam soal siasat. Itulah akan saya perkatakan dalam artikel ini.



Marilah kita melihat kes ini dalam sudut pemikiran yang rasional dan bukan bersifat sentimen perkauman. Memang A Kugan seorang India dan kes jenayah di kalangan masyarakat India begitu tinggi masakini. Satu Malaysia gamat dan kecoh dengan NGO, parti politik terutama pembangkang bangun untuk menyuarakan rasa tidak puas hati, ketidakadilan dan keraguan yang timbul dalam kes kematiannya. Beliau dilaporkan mati akibat cecair dalam paru-paru sepertimana yang disiarkan dalam dada akhbar tempatan. Tetapi keluarganya terkejut melihat keadaan mayatnya yang ada kesan lebam dan calar-calar. Saya sendiri dapat melihat gambar mayatnya yang tersiar dalam akhbar (bukan media perdana) dan saya seolah tak percaya yang insiden begini boleh berlaku di Malaysia.



Apa yang ingin saya perkatakan di sini adalah, apakah harapan kita sebagai rakyat Malaysia yang kita boleh jamin akan selamat apabila secara tak sengaja kita berada dalam tahanan PDRM. Kalau dulu dalam tahun1998 seorang bekas Timbalan Perdana Menteri boleh diperlakukan begitu kejam sekali, dan kali ini seorang yang didakwa (belum disabitkan) penjenayah pun menerima nasib yang sama, bagaimanakah agaknya nasib anak-anak kita yang Melayu, Cina, Kadazan, Iban, Benggali dan tah apa bangsa lagi, menjadi tahanan untuk soal siasat boleh selamat untuk meneruskan perbicaraan di Mahkamah. Marilah sama-sama kita fikirkan dan mengambil insiden ini sebagai kayu pengukur yang kita memang tidak boleh menyandarkan harapan yang begitu tinggi kepada PDRM dalam menegakkan keadilan di negara ini. Bukanlah maksud saya menuduh seluruh anggota dalam PDRM, tapi mungkin sebahagian dari mereka yang sanggup mengambil tindakan yang di luar batasan peri kemanusiaan. Kita sebagai rakyat selalu dinasihatkan dan diperingatkan agar mengikut saluran undang-undang dan jangan melampaui batas-batas yang telah ditetapkan dalam perlembagaan negara ini. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.



Mungkin kali ini ia berlaku kepada seorang berbangsa India, selepas ini kita tak tahu siapa pula yang akan menerima nasib seperti A Kugan. Mungkin orang lain akan berfikir, biarlah penjenayah mati, lebih-lebih lagi orang India, kurang berlaku jenayah lagi yang melibatkan bangsa ini. Itu mungkin datang dari pemikiran mereka yang sempit untuk menilai yang insiden ini telah meragut nyawa seseorang (tak kira apa bangsa) sebelum dakwaan ke atas kesnya dibicarakan di Mahkamah. Itu yang sebenarnya yang ingin kita bincang, selidiki dan amati sedalam-dalamnya.



Yang benar-benar mengherankan saya adalah apabila timbul kes yang melibatkan rakyat biasa, cepat dan pantas pula PDRM menyelesaikannya sampai tercabut nyawa tertuduh. Tapi apabila tiba pada kes berprofil tinggi dan melibatkan seseorang yang tertinggi dalam negara, macam-macam helah dan tipu muslihat untuk menidakkan kehadirannya di Mahkamah. Walaupun ada bukti yang boleh mengheretnya untuk disoal di mahkamah, ini tidak mungkin dan memang tidak akan berlaku dalam negara yang mengamalkan undang-undang rimba ini.



Oleh yang demikian, kesimpulannya di sini, janganlah kita terlalu prejudis terhadap sesuatu bangsa itu. Memang tidak dinafikan kes jenayah di kalangan masyarakat India begitu tinggi di negara ini, tapi bila ia berlaku dalam keadaan yang meragukan dan menimbulkan persoalan terhadap kematiannya, marilah kita menolak sebentar sentimen perkauman kita dan selamilah kesedihan dan ratapan keluarganya yang menerima mayat anak dalam keadaan yang lebam, calar-calar serta menjadi deraan anggota keselamatan yang kita harap dapat melindungi kita yang hidup di bumi yang aman dan damai ini (betul ke begitu). Kalau insiden ini berlaku dalam kalangan keluarga kita, anak, adik, anak saudara, cucu, cicit dan sebagainya, adakah kita akan terima dengan penuh redha tanpa mempersoalkan sebarang keraguan yang timbul. Aa..lu fikirlah sendiri (meminjam kata-kata Nabil Raja Lawak).

Salam buat kali ini.

Lawati blog saya di http://hayatireform.blogspot.com









Saturday, January 24, 2009

Boikot boikot juga....balun balun juga

Assalamualaikum,

Tajuk saya di atas mungkin menimbulkan persoalan dan makna yang tersirat di dalamnya. Tajuk saya itu merujuk kepada kempen Boikot Barang Amerika dan yahudi atas dasar kekejaman yang dilakukan terhadap penduduk Palestin mutakhir ini.

Memang bagus dan kena pada masanya kita rakyat Malaysia mengambil tindakan memboikot barangan keluaran Amerika dan Yahudi. Tapi persoalannya tahukah kita apa barang-barang yang kita laungkan itu. Yang paling ketara ialah KFC, Mcdonald, Coca Cola, Muncy's, Danone, Nestle, filem keluaran Hollywood dan banyak lagi yang boleh kita ketahuinya melalui internet.

Apa yang nak saya bangkitkan di sini adalah sikap kita rakyat Malaysia amnya dan umat Islam khasnya. Mungkin tidak semua tapi apa yang dapat kita perhatikan ia seolah cakap tak serupa bikin. Dalam sibuk kita berdemonstrasi sana sini, menjerit depan kedutaan Amerika, tapi lepas demo, masuk 7 eleven, dek terlampau haus terbelilah coca cola. Macam mano tu!!

Seorang teman dalam tulisannya di Tranungkite terperanjat melihat iklan Coco Cola dalam TV3 yang saban hari menyiarkan kekejaman Yahudi ini. Persoalan saya adalah apa perasaan orang-orang dalam stesyen TV tu rasa, cakap lain buat lain. Tak terbayangkah di benak kepala otak mereka gambar ngeri pembunuhan di Palestine, kanak-kanak putus kepala, ibu bapa meraung melihat mayat anak-anak mereka, anak-anak menangis di sisi ibu dan bapa mereka. Lu fikirlah sendiri (meminjam kata-kata Nabil Raja Lawak).

Jumaat lepas 23 Jan 2009, saya berada di Sentral KL kerana nak pulang ke Rawang menaiki Komuter. Tahu sajalah cuti Raya Cina ni, jalan di lebuh raya tentu sesak, jadi saya bilang pada suami saya tak payah jemput, saya balik sendiri. Keadaan memang sesak dengan manusia yang nak pulang cuti Raya Cina ni. Yang Melayunya, yang Cinanya dan berbagai lagi. Surau pun jamlah, nak sembahyang kena beratur. Saya pula puasa hari tu, jadi sambil menanti waktu berbuka, saya naiklah ke atas aras 1 dan duduklah atas palang sebab tempat duduk dah penuh. Yang nak saya ceritakan di sini bukan kisah saya yang berada di Sentral tu tapi tabiat rakyat Malaysia yang mengaku dan membenci kekejaman Yahudi.

Dekat tempat saya duduk tu adalah Restoren KFC. Saya ingatkan dalam boikot boikot ini, tempatnya tentulah lengang, tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Penuh sesak sampai tak cukup tempat duduk, manusia berduyun-duyun nak makan KFC. Macammana tu, mulut memboikot tapi dek perut teringin sangat, bantai ajelah. Dah sekarang ni macam-macam promosi, burger itulah ayam itulah, dan macam-macam lagi.

Saya memang dulu suka dengan Mcdonald terutama apabila tiba Raya Cina, ada promosi Prosperity Burger. Hati tu memang teringin nak beli sebab burgernya memang sedap. Tapi apabila saya fikir balik, tak sampai hati saya nak menjamah burger tu di saat rakyat Palestin disembelih, dibunuh, dibom. Tak tergamak saya nak membelinya. Orang lain saya tak tahu, tapi bagi saya, akan terus boikot hingga pihak yang berwajib membuat sesuatu bagi menghentikan kekejaman ini. Sekarang ni pun kalau saya membeli barang keperluan, saya akan cuba elak dari membeli MILO, Nescafe, roti Gardenia, air coca cola dan banyak lagi. Anak lelaki saya pun selalu mengingatkan saya agar jangan lagi membeli biskut Danone dan Muncy's. Alhamdulillah, anak saya pun faham akan situasi yang berlaku masakini.

Jadi kesimpulannya ialah janganlah kita hanya pandai bercakap, melaung, bertempik sana sini, pemimpin kerajaan pun mengeluarkan kenyataan itu ini, menentangnya kekejaman yang dilakukan. Tapi mampukah kerajaan yang ada sekarang benar-benar mengotakan kata-kata mereka. Beranikah mereka mengusir Kedutaan Amerika dari bumi Malaysia ni. Mampukah mereka menutup dan mengusir perusahaan gergasi Amerika yang dah bertapak di negara ini sejak begitu lama sekali. Pada hemat saya mereka sememangnya tak mampu melaksanakan boikot ini sejarah total. Kita rakyat disuruh boikot, tapi barang-barang keluaran mereka masih banyak dijual di pasaraya. Kalau kuat iman dan memang anti Amerika Yahudi, insya allah boleh melakukannya, tapi kalau jenis yang saya sebutkan di atas tadi, alamat boikot tu tinggal slogan ajelah.


Wassallam

Layari blog saya di http://hayatireform.blogspot.com

Saturday, January 17, 2009

P036 K.Terengganu - BN tersungkur lagi

Hari ini 17 Januari 2009 adalah merupakan detik hitam dan malang bagi BN apabila tersungkur buat kali ketiga dan kali ini di K.Terengganu (KT). Walaupun mereka masih mendabik dada kekalahan PRU12 dan Pmtg Pauh tidak memberi kesan kepada politik negara, namun di K.Terengganu, pada hemat saya mereka harus duduk dan muhasabah diri sedalam-dalamnya apa yang rakyat telah isyaratkan pada mereka.

Saya tidak begitu mengikuti pilihanraya di KT sejak awal lagi kerana saya dapat andaikan kemenangan pada PAS adalah 50-50. Dan saya juga tidak mengikuti perjalanan proses ini melalui media arus perdana kerana telah bermain di benak fikiran saya, lakonan sama akan berlaku dan pelakon yang sama akan memainkan lakonan mereka. Sesekali tu adalah juga saya layari internet untuk mengikuti perkembangannya dan sama juga yang saya andaikan 50-50.

Tapi malam 17 Januari 2009 dalam jam 8 malam, saya cuba juga untuk mengikuti laporan terkini proses undian dan ternyata PAS telah mendahului BN dalam majoriti 1000 lebih. Tapi saya masih belum begitu yakin kerana pada saya "apa-apa boleh berlaku kalau BN masih nak menang". Namun dari semasa ke semasa, kemenangan PAS telah dicanangkan walaupun belum confirm dan sesekali buka juga ASTRO Awani dan RTM untuk perkembangan seterusnya. Ternyata BN telah tewas. Dalam RTM, penganalisis politik terus saja menceritakan akan kegagalan BN dalam mempertahankan kerusi di KT walaupun waktu itu keputusan rasmi belum dikeluarkan. Dan saya juga terbaca dalam internet dari sumber UMNO sendiri yang DS Najib tidak akan hadir masa pengumuman nanti. Terpandang juga saya pada TV sewaktu lintas langsung di pusat pengundian, ternyata nampak lesu, jadi rasanya BN memang dah kalah. Apabila keputusan rasmi dikeluarkan, nyatalah BN memang telah tersungkur di KT. Alhamdulillah dan Takbir pada PAS kerana berjaya menangkis segala tomahan yang dilemparkan oleh media arus perdana akan kepincangan yang berlaku baik dan PAS sendiri mahupun dalam Pakatan Rakyat.

Saya mengikuti hingga tamat Analisis Pilihanraya yang disiarkan secara langsung oleh ASTRO Awani terutama yang dikendalikan oleh Kamarul Bahrin yangmana ahli panelnya pensyarah dari UKM, UM, USM dan Saudara Kadir Jasin. Rata-rata ahli panel menyarankan yang BN harus mengkaji cara mereka berkempen dan juga dalam pemilihan calon. Saya juga tertarik dengan kajian yang dijalankan oleh Zentrum daripada UM yangmana hasil kajian mereka, kejayaan yang akan PAS perolehi adalah antara majoriti 1300 hingga 2700. Dan ternyata keputusan yang terkeluar adalah PAS memenangi dengan majoriti 2631 jauh lebih baik dari PRU 12. Persoalannya sekarang di mana kesilapan di pihak BN dan apa pula kelebihan pada PAS? Itulah yang harus difikirkan oleh DS Najib apabila beliau mengambil alih pimpinan negara, mampukah beliau melaksanakannya, aa... lu fikirlah sendiri (bak kata Nabil Raja Lawak).

Tapi pada hemat saya sebagai rakyat marhaen ini, apa yang dapat saya simpulkan adalah BN lebih-lebih lagi UMNO sedang menggali kuburnya sendiri. Mereka seolah menganggap rakyat akan termakan dengan segala propaganda mereka mengenai pembangunan sana dan sini. Setiap kali pilihanraya, macam-macam projek akan timbul, bak kata oranglah kalau rakyat minta tandas emas pun mungkin mereka akan laksanakan. Namun mereka harus fikir yang rakyat bawah dah mula jelak, muak, meluat, menyampah dan berbagai 'm' lagi pada mereka lebih-lebih lagi puak UMNO. Dari pemimpin atasnya, pemuda, wanita waimma puterinya yang pink colour tu pun mereka dah meluat. Setiap kali pilihanraya, berdondon-dondonlah mereka datang, kot nak duduk satu rumah tak pe lah, ni hotel fully book khas untuk mereka aje. Seperti kata saudara Kadir Jasin, puak UMNO kalau mari time pilihanraya, dengan lagak kereta mewahnya, cermin hitam, dengan siren polis ni, membuatkan rakyat marhaen jadi kurang selesa.

Selain dari mengikuti ASTRO Awani, saya juga sempat menyaksikan Hello Malaysia di Bernama TV yangmana ahli panelnya saudara Hamdan seorang penganalisis politik dan saudara Aznan Ketua Pengarang Utusan Malaysia (UM). Yang menarik perhatian saya adalah komen Saudara Aznan yang akhbar UM memang sepatutnya menyiarkan berita-berita positif agar rakyat dapat berfikir dan menilai segala kebaikan dan pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan BN. Pada hemat saya, akhbar UM bukan menyiarkan berita yang positif tapi menyorok berita yang benar, itu yang sebenarnya.

Dalam siri Hello Malaysia ini, begitu banyak panggilan telefon yang datang dari pemanggil yang bukan saja dari kalangan pembangkang malahan orang UMNO sendiri. Rata-rata mereka menyatakan kerajaan tidak telus dalam menangani masalah rakyat. Sering bercakaran sesama sendiri, amalan rasuah macam biasa saja, dan tak pernah nak faham kesusahan rakyat. Yang mereka tahu nak kukuhkan kedudukan. Bila berkempen di KT, bukan kempen untuk memenangkan BN tapi kempen untuk memenangkan pemilihan UMNO Mac ini. Beberapa orang pemanggil juga menyatakan bahawa punca kekalahan BN adalah disebabkan arus perdana terlalu memuji melonjak-lonjak akan kebaikan BN sampai rakyat naik muak dan jelak. Apalagi merah padam lah muka ahli panel dari Utusan tu. Nasib le!!!

Jadi kesimpulannya BN harus menerima kenyataan bahawa rakyat sudah bosan, benci malah menghukum mereka atas segala kesilapan dan kegagalan mereka dalam memahami kehendak dan aspirasi rakyat. Dan harapan saya pada PAS dan juga Pakatan Rakyat, teruskan agenda untuk menawan Putrajaya kerana BN memang dah tempah batu nesannya. Takbir dan Reformasi...!!

Alexander Bukan Zulkarnain - Episode 1

Assalamualaikum,


Hari ini saya berpeluang juga untuk menyaksikan siri yang saya nantikan. Walaupun saya tidak dapat menyaksikan pada malam Jumaat coz bertindih dengan Raja Lawak (suami saya tengoklah) namun sebab ada ulangan, dapatlah menontonnya pada jam 5 ptg hari Sabtu.


Terima kasih pada penerbit siri ini saudara Syirfan Indra kerana sudi memberi komen pada nota saya ini dan insya allah saya akan terus menonton siri ini hingga habis. Dan untuk saudara Syirfan serta teman2, teruskan usaha ini untuk membongkar kesahihan sejarah yang sebenarnya mengenai Alexander dan juga Zulkarnain, lelaki misteri tersebut dalam surah Al Kahfi.

Setelah menonton episode pertama ini, saya agak terperanjat apabila ada dinyatakan asal usul raja-raja melayu asalnya daripada Alexander. Saya sudah lama meninggalkan bangku sekolah hampir 30 tahun. Apa yang saya ingat sewaktu pelajaran sejarah dulu, memang kami dibentangkan dengan kisah kemasyuran Alexander ini. Saya pun sudah lupa kisahnya dan tidak mengikutinya sehinggalah siri ini diterbitkan. Jadi pemahaman saya tentang sejarah ini agak kaburlah. Cuma saya masih musykil akan kesahihan asal usul raja-raja melayu yang dikatakan berasal dari susur galur Alexander. Daripada temuramah dengan pensyarah2, saya dapat merumuskan bahawa kesahihan keturunan ini masih boleh dipertikaikan samada betul berasal daripada alexander. Pengkajian yang dibuat oleh orang zaman dahulu adalah berasaskan pada method zaman itu. Jadi mungkin benar dan mungkin tidak perkara ini. Sama-samalah kita fikirkan.

Seperti yang dinyatakan dalam episode ini, ada 3 persoalan yang perlu ditanya oleh puak Yahudi kepada Nabi Muhammad SAW untuk mengesahkan yang beliau sebenarnya Rasul yang diutus oleh Allah SWT. Salah satu persoalan tersebut adalah mengenai seorang pemerintah bernama Zulkarnain yang namanya tersebut dalam Surah Al Kahfi. Walaupun episode ini belum memaparkan sepenuhnya kisah Zulkarnain, namun saya percaya beliau adalah pemerintah yang hebat, apatah lagi namanya tercatit dalam Al Quran. Marilah kita terus menonton siri ini untuk mengetahui kebenarannya.....!!

Wassallam.

Tuesday, January 13, 2009

Melaka trip



Setelah begitu lama merancang dan Rizal pun selesai SPMnya, kami pun memulakan perjalanan menuju Melaka Bandaraya bersejarah. Tapi sebelum itu, kami singgah sebentar di Tampin melawat Pak Lang Win sebab dengan khabar dia kurang sihat. Tapi setelah melawat beliau, nampak tidak ada masalah kesihatan yang serius.Tiba di Hotel Seri Melaka Air Keroh tepat jam 1.30 ptg, check ini, solat dan makan tengahari yang aku siap bekalkan dari rumah. Siap bawa mickowave sekali senang nak panaskan lauk, rice cooker pun ada, jadi jimat belanja untuk makan malam dan tengahari. Selesai makan dan solat, rehat sebentar untuk hilangkan kepenatan dalam perjalanan.



Disinilah kami menginap 3 hari 2 malam, oklah bilik dia


Lepas maghrib,kami menuju ke Peringgit untuk menziarahi sepupu kami, Kak Ju dan Amrul. Yelah, waktu majlis perkahwinan anak mereka tempoh hari, kami tak dapat hadir coz abang kurang sihat. So kami ziarah ni boleh dikatakan sebagai minta maaflah!! Alhamdulillah mereka ada dirumah coz mereka tak berniaga hari ini. Kami tak hadapi masalah cari rumah mereka sebab alamat ada dalam kad jemputan, nak call dulu tak boleh, coz no handphone dah tukar rupanya. Nasib baik mereka ada di rumah,dan kami dijamu dengan hidangan makan malam, apalagi sapulah. Padahal nasi dah masak kat hotel tadi, tak pe boleh buat bekal untuk trip esok. Sempat juga ambil gambar sebagai kenang-kenangan.



Lawatan mengejut ke rumah sepupu di Peringgit





Keesokan harinya, selepas selesai minum pagi di Restoren yang disediakan, kami memulakan perjalanan melawat sekeliling Bandar Hilir yang penuh bersejarah. Abang awal-awal lagi dah beritahu dia tak berapa mahir dengan pekan Melaka, main randuk ajelah!! Tapi alhamdulillah, sampai juga kami ke lokasinya iaitu di Menara Taming Sari yang ada menara berpusing. Mula teringin juga nak naik, tapi tengok macam tak yakin je, batal program.





Ooi, seriau (kata orang kedah), tak jadi naik



Kemudian kami meneruskan perjalanan mengelilingi kawasan Menara ini di mana kami sempat bergambar dengan kereta lembu yang tak bergerak (patung lah tu). Di situ juga ada di pamerkan keretapi dan kapalterbang lama. Seterusnya terserempak dengan pintu masuk ke Bukit St Paul, punyalah tinggi, batal rancangan nak naik, ambil gambar depan pintu masuk cukup lah tu.




Bergambar bersama kereta lembu yang tak bergerak


Lawatan seterusnya ialah ke Muzium Samudera di mana terbinanya kapal Portugis sejak tahun 1997. Dalam ni dipamerkan segala peralatan perkapalan sewaktu zaman kegemilangan Melaka. Bayaran yuran adalah RM3.00 dan kami juga dibekalkan dengan beg plastik, ingatkan nak kutip cenderahati kat atas tu, rupanya untuk simpan kasut coz kat dalam tu tak boleh pakai kasut, pulak!!!




Hadapan kapal Portugis


Setelah puas menjelajah dalam kapal Portugis, kami berehat sebentar kerana lepas ni kami nak ke bazaar yang terletak berhampiran dengan muzium Samudera ini. Apabila badan dan rasa fresh, kami mula melanjutkan lawatan ke bazaar untuk membeli cenderahati untuk di bawa pulang. Tak banyak yang kami beli, cuma key chain untuk teman office, dan untuk family ada belacan, cincaluk dan dodol. Jadilah daripada tak ada apa.Lepas tu kami melawat pula ke Muzium TLDM di mana yurannya adalah sama dengan yuran Muzium Samudera. Ini sudah kira oklah. Biasalah kalau pameran tentera, tak ada lain uniform, peralatan tenteranya dan penerangan tentang sejarah TLDM di negara ini. Anak teruna aku lah yang paling excited, dalam muzium ni gambar dia aje. Kasi canlah!!






Si teruna posing dengan uniform TLDM








Si teruna posing dengan heli TLDM







Memandangkan tempoh parking kereta kami masih panjang (5 jam setakat pukul 3ptg) kami berehat sebentar sambil memikirkan kemana pulak nak pergi lepas ni. Nak pusing satu pekan Bandar Hilir ni tak berapa pandai, tiba-tiba muncul pula bas dua tingkat yang menawarkan bayaran sebanyak RM5 untuk selama setengah jam pusing satu bandar hilir. Apalagi terpa ajelah, nak naik beca mahal sangat, lagipun beca tak pusing jauh. Apalagi naik aje bas 2 tingkat, terpa tingkat atas macam jakun. Gelakkan orang macam jakun, kita pun samalah jadi jakun. Seronok juga dapat naik bas 2 tingkat ni. Boleh tengok pekan bandar hilir dengan lebih dekat dan puas hati dengan bayaran dan tempoh perjalanannya. Setiba aje di lokasi Menara Taming Sari, kami pun turun. Dek leka agaknya, terlupa pula nak ambil gambar penuh bas 2 tingkat tu, yang ada cuma gambar masa dalam bas, jadilah!!

Sekarang dah masuk jam 1.15 tghhari, waktu zohor pun dah masuk, jadi kami pun bersolat dulu sebelum meneruskan perjalanan ke Sg Udang untuk menziarahi teman sewaktu dalam tentera dulu yang hampir 23 tahun tak bertemu. Aku pun telepon teman aku nama Yati juga, dia masih belum ada dirumah tengah shopping kat bandar hilir juga. Tak pe lah kata aku, lepas jam 3 kami sampai ke rumahnya. Selesai solat, perut pun dan berkeroncong, kami pun mula meneruskan perjalanan menuju ke Sg Udang, tapi sebelum tu singgah dulu di Pantai Puteri Tg Keling untuk makan tengahari yang aku telah siap bekalkan, jimatlah sikit. Setelah selesai makan, kami pun terus ke Tmn Peruna, Sg Udang mengikut alamat yang telah Yati beri pada aku tempoh hari. Mula-mula agak tersasar juga, tersalah jalan, tapi alhamduillah sampai juga kami di rumahnya. Tapi malangnya Yati masih belum sampai, jadi kenalah aku tunggu. Tak lama lepas tu Yati dan suami serta anak bongsunya pun tiba. Apa lagi berpeluk sakanlah kami, dah macam jejak kasih pulak rupanya. Lama juga kami dirumahnya, sejak jam 4 petang, sempat minum petang bersama. Punyalah panjang cerita, tanya kisah si anu, anak berapa, dah menantu ke, heh kalau nak ikut tak cukup sejam dua nak bercerita.
Agak-agak hampir jam 6, suami aku pun beri signal nak balik semula ke Air Keroh. Apalagi sebelum berpisah, berpeluk sakanlah lagi dan mengucapkan selamat tinggal, moga berjumpa di lain hari. Punyalah leka dengan situasi ni, aku terus terlupa nak ambil gambar bersama mereka, dah jauh kat 3 batu baru teringat. Melepaslah, kamera dan handphone bukan tak ada, tapi dek leka berborak, terus semua lupa. Insya allah kalau diizinkan Tuhan, kami akan berkunjung lagi ke Sg Udang, dan lepas ni kena pasti ambil gambar.

Sampai di Air Keroh, tak ada apa aktiviti, cuma makan malam, tengok TV sat, lepas tu mata pun dah mula layu, tidur ajelah sebab esok nak teruskan perjalanan, balik ke Rawanglah apa lagi.Jadi sebagai penutup, apa yang dapat aku simpulkan di sini, lawatan ke Melaka ni banyak meninggalkan kenangan yang manis kepada kami. Anak ku Rizal dapat menimba ilmu akan sejarah negeri Melaka dan aku dapat mengeratkan semula hubungan sahabat yang terputus hampir 20 tahun. Insya allah jika diizinkan, kami ingin kembali semula ke sini. Dan mungkin selepas ini, kami akan cuba untuk melancung pula ke utara Malaysia samada Kedah atau Perlis, Insya allah. Wassallam.


Selamat Tahun Baru 2009

Assalamulaikum,

Di sini saya ingin berkongsi dengan teman2 bagaimana saya menyambut tahun baru 2009 di tempat saya, Bdr Tasik Puteri (BTP), Rawang.Walaupun saya hampir mencecah setengah abad, tak pernah seumur hidup saya mahupun keluarga saya pergi ke KL/Dataran Merdeka meraikan kedatangan tahun baru. Berlainan pula pada tahun 2009, di mana tergerak di hati saya untuk sama2 meraikan tahun 2009 di mana dianjurkan satu program ceramah berbentuk motivasi oleh pihak surau di BTP.

Di kala ibukota Kuala Lumpur dipenuhi dengan ribuan manusia dengan dilalaikan segala bentuk hiburan dan percikan bunga api, di BTP dihidangkan program berbentuk motivasi untuk anak2 remaja dan juga ibu bapa.Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Hanapi dari sebuah Pusat Pemulihan Remaja di Bt Beruntung, banyak mendedahkan gejala sosial yang begitu teruk melanda anak2 melayu yang rata2nya beragama Islam. Yang paling mengerunkan adalah adanya pengedaran dadah yang dilakukan oleh pelajar2 di sekolah. Eee... tak gerun ke kita mendengarnya. Dulu dadah hanyak berleluasa di tempat2 yang sunyi, zaman ni dah terlalu open. Nauzubillah, jauhilah anak2 kita dari bahaya ini. Selalulah kita memanjatkan doa agar dijauhi segala kemaksiatan ini pada anak2 kita. Amin.

Selain daripada itu, ditonjolkan tanpa tapis, gambar mat2 rempit yang mati kemalangan, ada yang hancur mukanya, putus tangannya dan banyak lagi. Ngeri..... !! Ada pula ditonjolkan kes pembuangan bayi yang dibuang macam buang sampah aje, tepi longkang, dalam semak, dalam tandas. Ya Allah apa nak jadi pada dunia akhir zaman ini.

Sepanjang 3 jam ceramah yang disampaikan oleh beliau, saya tidak terasa masa berlalu begitu pantas. Saya hanya sedar jam hampir ke detik 12 malam, apabila Ustaz Hanpi mengumumkan masa ada lagi 5 minit untuk count down. Tapi kami tak lah buat count down macam di KLCC. Tepat je detik 12 malam, Ustaz Hanpi meminta semua yang hadir untuk bangun dan beliau terus membaca doa Selamat Tahun baru, memohon pada Allah SWT agar dijauhi segala mala petaka dan bencana dari melanda semua umat Islam. Selesai doa selamat, yang hadir diminta sama2 membaca Asma al Husna iaitu 99 nama Allah secara berlagu yang dipasangkan melalui screen.

Alhamdulillah, majlis ditamatkan jam 12,30 pagi. Apa yang dapat saya simpulkan di sini, adalah untuk mengingati diri saya sendiri serta sesiapa saja yang membaca artikel ini, sama2lah kita mendidik dan menyayangi anak2 kita agar mereka menjadi pelapis yang boleh membela agama, bangsa dan negara ini. Kalaulah anak2 remaja kita banyak yang terjebak ke dalam kemaksiatan, janganlah kita terus biarkan mereka hanyut di bawa arus kecelakaan. Marilah kita membawa mereka ke jalan yang diredhai oleh Allah SWT dan janganlah disisihkan mereka dari keluarga kita.

Besarlah harapan saya agar program seperti ini dapat dilaksanakan di mana2 saja sewaktu sambutan tahun baru. Janganlah kita asyik meniru apa yang barat buat, kita pun sama buat malah lebih teruk dan lebih hebat dari mereka. Sama2lah kita fikirkan. Aaaa Lu pikirlah sendiri... bak kata Nabil Raja Lawak.

Salam dan Selamat Tahun Baru 2009 (terlewat sikit daa.....)

Kisah Alexander Bukan Zulkarnain - ASTRO Oasia


Sun 11:09pm Edit Note Delete

abtu pagi aku berpeluang menyaksikan siri The Making of 'Alexander Bukan Oasis' yang disiarkan melalui Astro Oasia. Malam jumaat tak dapat tengok coz anak aku nak tengok Raja Lawak, jadi bagi can.Walaupun siri pertama memaparkan pembikinan dan segala halangan yang dihadapi oleh krew penerbitan, tapi dari temuramah dengan mereka yang terlibat, menarik minat aku untuk terus menyaksikan progam ini yang akan disiarkan setiap Jumaat 10 malam.

Tabik hormat pada FM production and Oasis kerna mampu menyiarkan sebuah dokumentari yang akan menyingkap rahsia siapa sebenarnya Alexander yang sering dikaitkan dengan Dzulkarnain yang tersebut namanya dalam Surah Al Kahfi. Adakah dia orang yang sama, atau dua orang yang berlainan. Jadi sama2lah kita menyaksikan siri ini untuk mengetahui rahsia sebenarnya.

Daripada dok asyik dibuai dengan fantasi perkahwinan Mawi Ekin, baiklah kita mengadap satu progam yang boleh membuat membongkar rahsia sebenar siapa dia Alexander seorang penakluk benua yang zalim dan menilai kemuliaan Dzulkarnain yang tersurat dalam Surah Al Kahfi. Sama2lah kita saksikan.......!!

Macam-macam hal


Yesterday at 10:32pm Edit Note Delete
Hari ni cukup fedup, dahlah gaji kena potong, time nak balik monorel buat hal pulak, 1 jam baru dapat naik. Ini macam Monorel x layak dapat ISO 9001, cancel.

Dalam dok sibuk 1 dunia kecam keganasan yahudi ke atas rakyat Palestine, masih ada umat yang berbelanja jam tangan bernilai suku juta dan buat wedding ala 1001, itulah akibatnya kalu orang x pernah mewah, bila dah mewah lupa diri.

Raja sms ni dok promote derma untuk Darfur, tapi dia dok baziak duit belanja kahwin. Cakap tak serupa bikin. Moga Allah laknat yahudi sampai hari kiamat, mereka yang terkorban, dicucuri rahmat ke atas rohnya. Amin.