Wednesday, October 22, 2008

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum semua,

Tak terlewat untuk saya mengucapkan selamat hari raya aidilfitri walaupun telah menjangkau 22 hari dalam bulan syawal. Moga hari raya ini mendidik kita agar lebih menjadi orang yang lebih bertakwa.

Sepanjang bulan syawal ini, saya tidak banyak mengadakan rumah terbuka, malah saya banyak menghadirkan diri ke rumah terbuka anjuran Pakatan Rakyat seperti DSAI pada 11 Okt, Azmin/Amiruddin 18 Okt, Shaari Sugaaib dan Gan Pei Pei pada 19 Okt. Sepanjang kunjungan saya ke rumah terbuka tersebut, kalangan rakyat dari pelbagai kaum dapat dilihat mengunjungi majlis anjuran PR. Ini membuktikan sokongan yang tidak lentur dari semua lapisan rakyat terhadap PR. Cuma saya tidak dapat untuk menghadirkan diri ke open house anjuran ADUN Kuang, YB Shukur kerana di adakan pada sebelah malam.

Apa yang dapat dirumuskan disini, bahawa kebanyakan open house di sekitar kawasan Gombak dan Selayang, banyak dianjurkan oleh PR, UMNO jarang2 sekali. Kenapa ye!!!

Salam buat kali ini, akan blogging lagi.

Wassallam