Saturday, January 17, 2009

P036 K.Terengganu - BN tersungkur lagi

Hari ini 17 Januari 2009 adalah merupakan detik hitam dan malang bagi BN apabila tersungkur buat kali ketiga dan kali ini di K.Terengganu (KT). Walaupun mereka masih mendabik dada kekalahan PRU12 dan Pmtg Pauh tidak memberi kesan kepada politik negara, namun di K.Terengganu, pada hemat saya mereka harus duduk dan muhasabah diri sedalam-dalamnya apa yang rakyat telah isyaratkan pada mereka.

Saya tidak begitu mengikuti pilihanraya di KT sejak awal lagi kerana saya dapat andaikan kemenangan pada PAS adalah 50-50. Dan saya juga tidak mengikuti perjalanan proses ini melalui media arus perdana kerana telah bermain di benak fikiran saya, lakonan sama akan berlaku dan pelakon yang sama akan memainkan lakonan mereka. Sesekali tu adalah juga saya layari internet untuk mengikuti perkembangannya dan sama juga yang saya andaikan 50-50.

Tapi malam 17 Januari 2009 dalam jam 8 malam, saya cuba juga untuk mengikuti laporan terkini proses undian dan ternyata PAS telah mendahului BN dalam majoriti 1000 lebih. Tapi saya masih belum begitu yakin kerana pada saya "apa-apa boleh berlaku kalau BN masih nak menang". Namun dari semasa ke semasa, kemenangan PAS telah dicanangkan walaupun belum confirm dan sesekali buka juga ASTRO Awani dan RTM untuk perkembangan seterusnya. Ternyata BN telah tewas. Dalam RTM, penganalisis politik terus saja menceritakan akan kegagalan BN dalam mempertahankan kerusi di KT walaupun waktu itu keputusan rasmi belum dikeluarkan. Dan saya juga terbaca dalam internet dari sumber UMNO sendiri yang DS Najib tidak akan hadir masa pengumuman nanti. Terpandang juga saya pada TV sewaktu lintas langsung di pusat pengundian, ternyata nampak lesu, jadi rasanya BN memang dah kalah. Apabila keputusan rasmi dikeluarkan, nyatalah BN memang telah tersungkur di KT. Alhamdulillah dan Takbir pada PAS kerana berjaya menangkis segala tomahan yang dilemparkan oleh media arus perdana akan kepincangan yang berlaku baik dan PAS sendiri mahupun dalam Pakatan Rakyat.

Saya mengikuti hingga tamat Analisis Pilihanraya yang disiarkan secara langsung oleh ASTRO Awani terutama yang dikendalikan oleh Kamarul Bahrin yangmana ahli panelnya pensyarah dari UKM, UM, USM dan Saudara Kadir Jasin. Rata-rata ahli panel menyarankan yang BN harus mengkaji cara mereka berkempen dan juga dalam pemilihan calon. Saya juga tertarik dengan kajian yang dijalankan oleh Zentrum daripada UM yangmana hasil kajian mereka, kejayaan yang akan PAS perolehi adalah antara majoriti 1300 hingga 2700. Dan ternyata keputusan yang terkeluar adalah PAS memenangi dengan majoriti 2631 jauh lebih baik dari PRU 12. Persoalannya sekarang di mana kesilapan di pihak BN dan apa pula kelebihan pada PAS? Itulah yang harus difikirkan oleh DS Najib apabila beliau mengambil alih pimpinan negara, mampukah beliau melaksanakannya, aa... lu fikirlah sendiri (bak kata Nabil Raja Lawak).

Tapi pada hemat saya sebagai rakyat marhaen ini, apa yang dapat saya simpulkan adalah BN lebih-lebih lagi UMNO sedang menggali kuburnya sendiri. Mereka seolah menganggap rakyat akan termakan dengan segala propaganda mereka mengenai pembangunan sana dan sini. Setiap kali pilihanraya, macam-macam projek akan timbul, bak kata oranglah kalau rakyat minta tandas emas pun mungkin mereka akan laksanakan. Namun mereka harus fikir yang rakyat bawah dah mula jelak, muak, meluat, menyampah dan berbagai 'm' lagi pada mereka lebih-lebih lagi puak UMNO. Dari pemimpin atasnya, pemuda, wanita waimma puterinya yang pink colour tu pun mereka dah meluat. Setiap kali pilihanraya, berdondon-dondonlah mereka datang, kot nak duduk satu rumah tak pe lah, ni hotel fully book khas untuk mereka aje. Seperti kata saudara Kadir Jasin, puak UMNO kalau mari time pilihanraya, dengan lagak kereta mewahnya, cermin hitam, dengan siren polis ni, membuatkan rakyat marhaen jadi kurang selesa.

Selain dari mengikuti ASTRO Awani, saya juga sempat menyaksikan Hello Malaysia di Bernama TV yangmana ahli panelnya saudara Hamdan seorang penganalisis politik dan saudara Aznan Ketua Pengarang Utusan Malaysia (UM). Yang menarik perhatian saya adalah komen Saudara Aznan yang akhbar UM memang sepatutnya menyiarkan berita-berita positif agar rakyat dapat berfikir dan menilai segala kebaikan dan pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan BN. Pada hemat saya, akhbar UM bukan menyiarkan berita yang positif tapi menyorok berita yang benar, itu yang sebenarnya.

Dalam siri Hello Malaysia ini, begitu banyak panggilan telefon yang datang dari pemanggil yang bukan saja dari kalangan pembangkang malahan orang UMNO sendiri. Rata-rata mereka menyatakan kerajaan tidak telus dalam menangani masalah rakyat. Sering bercakaran sesama sendiri, amalan rasuah macam biasa saja, dan tak pernah nak faham kesusahan rakyat. Yang mereka tahu nak kukuhkan kedudukan. Bila berkempen di KT, bukan kempen untuk memenangkan BN tapi kempen untuk memenangkan pemilihan UMNO Mac ini. Beberapa orang pemanggil juga menyatakan bahawa punca kekalahan BN adalah disebabkan arus perdana terlalu memuji melonjak-lonjak akan kebaikan BN sampai rakyat naik muak dan jelak. Apalagi merah padam lah muka ahli panel dari Utusan tu. Nasib le!!!

Jadi kesimpulannya BN harus menerima kenyataan bahawa rakyat sudah bosan, benci malah menghukum mereka atas segala kesilapan dan kegagalan mereka dalam memahami kehendak dan aspirasi rakyat. Dan harapan saya pada PAS dan juga Pakatan Rakyat, teruskan agenda untuk menawan Putrajaya kerana BN memang dah tempah batu nesannya. Takbir dan Reformasi...!!

No comments: