Monday, February 2, 2009

PR Perak yang bergolak

Assalamualaikum,

Hari ini 2 Feb 2009, Wilayah Persekutuan cuti ganti sebab Hari Jadi jatuh pada hari Ahad. Jadi saya di rumah hari ini bolehlah relax sikit. Tapi tengah dok relax, saya dikejutkan dengan berita tentang pelompatan 2 ADUN PKR ke BN. Apa lagi, on internet and surf all the day.

Setakat jam 4 petang, masih belum ada perkembangan yang terbaharu samada sah 2 katak lompat ni masuk BN sebab mereka menafikan surat perletakan jawatan yang disahkan oleh Speaker DUN pada Ahad jam 5.45 petang. Yang mengherankan kita semua, sebaik aje surat perletakan itu dihebohkan, muncul pulak 2 ekor katak ni meracau-racau mengatakan mereka tidak meletakkan jawatan ADUN yang dimenanginya pada PRU 12 yang lalu. Tapi selama berminggu-minggu mereka tidak dapat dihubungi dan dikatakan sedang bertapa dengan Sifunya di Pekan, Pahang.

Setakat artikel ini ditulis, perkembangan terkini adalah dua DUN iaitu Changkat Jering dan Behrang sah telah dikosongkan ekoran perletakan jawatan tersebut dan Speaker DUN Perak telahpun memaklumkan berkenaan kekosongan ini pada SPR Negeri Perak untuk tindakan selanjutnya. Apalagi yang boleh diperkatakan, kalau sah perletakan jawatan ini diterima oleh SPR, maka PRK bagi kedua DUN akan diadakan dalam tempoh 60 hari.

Dan MB Perak juga telah mengadap Sultan Perak untuk memaklumkan perkembangan politik di Negeri Perak yang tengah melambung-lambung ini. Maklumat terkini tentang pertemuan itu tidak dapat dipastikan kerana MB Perak tidak memberi sebarang komen mengenainya. Dan kedudukan 2 katak lompat samada mereka telah meletak jawatan atau sebaliknya masih belum dipastikan kerana difahamkan mereka akan mengadakan sidang akhbar pada jam 4 petang di Kuala Lumpur seperti yang digembar-gemburkan.

Apa yang dapat saya komen terhadap situasi di atas adalah betapa desperatenya UMNO dan BN hingga sanggup 'menghilangkan' ADUN-ADUN ini dan mula melobi-lobi untuk kepentingan politik mereka yang memang sudah nazak ni. DS Najib yang telah besar kemaluannya ekoran kekalahan di Permatang Pauh dan K.Terengganu sudah tidak dapat berfikir secara rasional akan perkembangan politik negera yang dilihat masakini begitu menjurus kepada pembangkang. BN sanggup menempelak mana-mana ADUN BN yang lompat ke PR dan mengatakan mereka tidak memikirkan masalah rakyat dan lebih kepada kepentingan politik mereka. Pada hemat saya walaupun ADUN Bn lompat ke PR, sekurang-kurangnya mereka tidak mendapat sebarang habuan malah dengan penuh kerelaan hati mereka. Tapi lain pula apabila ADUN pembangkang yang nak lompat ke BN, banyak kes-kes misteri yang timbul seperti hilang dan sukar pula untuk dihubungi dalam dunia telekomunikasi yang penuh canggih ini. Tetapi setelah diuar-uarkan oleh Speaker DUN Perak yang kedua-dua DUN telah meletakkan jawatan berdasarkan kepada Surat Akuan yang telah ditandatangani sewaktu PRU 12 lalu, tiba-tiba muncul pula mereka dari pertapaan. Bagus juga strategi yang digunakan oleh PR dalam menangani masalah ini, kalau tidak 2 katak lompat ni akan duduk bertapalah di Pekan, Pahang dengan Sifunya.

Kalau sahlah PRK akan diadakan di kedua-dua DUN ini, maka kita akan lihatlah sekali lagi watak-watak yang selalu muncul dalam PRK seperti di Permatang Pauh dan K.Terengganu iaitu Raja Sesumpah Ezam dan mungkin juga Idola Najib iaitu Saiful Bukhari akan mula melakarkan skripnya. Raja Sesumpah Ezam dalam satu artikel dalam Agendaily telah menyatakan bahawa Surat Taat Setia PKR yang dibuat oleh DSAI sebagai satu permainan politik kotor beliau dan cuba memerangkap mana ADUN daripada melompat ke parti yang lain.

Pada pandangan saya pula yang bukanlah ahli politik macam Raja Sesumpah ni, Surat Taat Setia yang dibuat oleh DSAI mahupun PR adalah wajar kerana PR berkhidmat demi kepentingan rakyat. Mana-mana ADUN yang telah dipilih oleh rakyat harus setia dengan amanah yang diberikan oleh mereka. Jangan dek kerana kelabu mata dengan habuan yang berjuta-juta, amanah yang diberikan itu boleh ditolak begitu saja. Walaupun pada hemat Raja Sesumpah, ia seakan untuk menjaga kepentingan politik DSAI, tapi perlu diingat yang DSAI dan PR begitu menitikberatkan masalah rakyat dari kepentingan mereka sendiri. Sebagaimana yang dilaksanakan oleh PAS kepada pemimpinnya untuk bersumpah atau berbai'ah (betulkan kalau saya salah), agar memikul tanggungjawab yang dikurniakan oleh Allah SWT dengan penuh amanah dan jujur. Jadi rasa saya tidak salah bagi mana-mana parti politik baik PR mahupun BN untuk melaksanakannya agar ADUN-ADUN mereka jujur dalam melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat. Saya benar-benar harap Raja Sesumpah faham maksud saya itu. Lainlah dengan Raja Sesumpah, baru aje digegarkan dengan jutaan ringgit, terus goncang iman dan hilanglah segala pembongkaran tentang kotak-kotak sampailah sekarang, tak nampak satu kota pun. Balik-balik bersumpah, memang patutlah digelar Raja Sesumpah.

Jadi kesimpulannyan di sini, apa yang berlaku di Perak ini akan membuka mata rakyat jelata betapa nazak dan sakitnya BN buat masa ini. Setelah TKO waktu PRU 12, tambah lebam pula di Permatang Pauh, ditambah luka parah di K.Terengganu, bagaimana nanti di PRK Behrang dan Changkat Jering. Jangan-jangan terus kapan, solat jenazah dan masuk liang lahat. Sama-samalah kita saksikan drama yang tragis ini.

Salam

Layari laman saya di http://hayatireform.blogspot.com/

No comments: