Sunday, February 8, 2009

Perak yang bergolak

Assalamualaikum,

Agak lama juga saya tidak menulis artikel sejak last artikel 2 feb yang lalu. Ini adalah kerana perkembangan politik di negeri Perak begitu rancak diperbualkan dalam internet, warung-warung kopi dan di merata-rata tempat. Jadi sepanjang 6 hari ini saya asyik melayari internet untuk mendapat maklumat yang lebih tepat.

Oklah, setakat hari ini 9 Feb 2009, perkembangan yang terkini adalah MB Perak yang sah masih bertekad untuk tidak akan melepaskan jawatannya atas alasan perlantikan beliau masih sah di sisi perlembagaan. PR dalam perhimpunan yang diadakan semalam 8 Feb 2009 di rumah MB mengesahkan akan membawa kes ini ke Mahkamah bagi mendapatkan perintah serta pengesahan kedudukan kerajaan PR di Perak. Dan PR juga masih cuba untuk mendapat perkenan Sultan Perak agar membubarkan DUN Negeri agar pilihanraya dapat diadakan semula memandangkan kedudukan sekarang adalah 28 PR dan 28 BN manakala 3 adalah ADUN bebas. Melalui percakapan telefon dengan ipar saya yang hadir sama pada program tersebut, dianggarkan lebih 40,000 membanjiri rumah MB untuk mendengar penjelasan dari pimpinan PR. Beliau sendiri terpaksa berjalan hampir 2 km untuk sampai ke tempat tersebut.

Dan kerajaan BN yang mendakwa mereka telah mendapat mandat rakyat hanyalah untuk menyedapkan hati saja terutama DS Najis yang merupakan perancang komplot yang keji dan hina ini. Media arus perdana saban hari asyik memainkan isu derhaka, ISA , saman Sultan dan macam-macam lagi dengan harapan rakyat memahaminya. Yang mengherankan kenapa media arus perdana tidak menyiarkan bahawa proses memecat seorang MB bukanlah di tangan Sultan tapi melalui undi tidak percaya yang hanya boleh dibawa dalam sidang DUN. Mengapa ini tidak diterangkan. Malah rakyat bukan sahaja di negeri Perak malah seluruh negara yang saban hari mendapat maklumat melalui internet telahpun memahami sedikit tentang perlembagaan ini. Macamana Najis dan konco-konconya cuba mengalihkan kebenaraan walaupun mereka mendabik dada yang mereka mendapat mandat rakyat dan melalui saluran yang benar. Kalau betul Najis di pihak yang benar, kenapa tak hadir majlis Sambutan Tahun Baru Cina yang sepatutnya beliau hadiri. Takut atau telah dinasihatkan oleh polis agar jangan hadir kerana rakyat tengah tunggu beliau dengan sepatu untuk dibalingkan.

Walau apapun yang berlaku sekarang ini, saya berharap semua rakyat Perak dan seluruh rakyat Malaysia agar menyerahkan saja perkara ini kepada pimpinan PR yang sedang berusaha untuk mengembalikan semula kuasa ini kepada rakyat. Kita hanya boleh berdoa agar proses ini berjaya dan mendapat perkenan Sultan. Apa sahaja yang disiarkan dalam media arus perdana tu anggaplah itu sebagai 'commercial break' saja yang tak perlu kita ambil peduli.

Apa yang ingin saya kongsi bersama-sama ini mungkin dapat memberi gambaran kepada semua tahap pengetahuan rakyat Malaysia berkenaan dengan politik negara. Saya bertugas di sebuah syarikat swasta yang mempunyai staf berbilang bangsa. Dalam kalangan teman sepejabat, cuma beberapa kerat saja yang mahu berdiskusi mengenai politik negara. Tapi sejak kes politik di Negeri Perak ini, saya dapati teman-teman saya yang dulunya tidak begitu minat untuk bercerita tentang politik mula menyuarakan ketidakpuasan hati mereka tentang isu ini. Saya ingin memetik sedikit ulasan mereka untuk tatapan semua. Salah seorang teman saya berbangsa Cina mengatakan bahawa politik sekarang seolah suatu perdagangan yang boleh dijual beli. Beliau kesal kerana habis masa dibuang untuk keluar mengundi yang pada akhirnya ADUN yang dipilih boleh beralih angin dek kemaruk dengan wang. Kata beliau lagi, lebih baik pilihanraya tidak diadakan dan mereka yang mempunyai kantung yang besar sajalah yang layak menjadi ADUN atau MP. Begitulah sedikit komen teman saya itu.

Yang paling saya terkejut apabila mendapat komen dari boss saya sendiri. Beliau mengatakan bahawa "corruption in Malaysia is terrible, UMNO is too desperate to be in power". Bagaimana perasaan kita apabila nama UMNO disebut dan bukan BN yang disebut. Malu tak terkata saya dibuatnya kerana ini menunjukkan seolah orang Melayu telah gelap mata dengan wang dan tidak memikirkan nasib rakyat yang mengundi mereka.

Sepanjang saya melayari internet, apa yang dapat saya ulas bahawa BN telah membelakangi perlembagaan untuk mengambilalih kerajaan negeri Perak. Pada mereka, yang penting dapat kuasa, cara betul atau salah itu soal lain. Munkin di mata Najis dan konco-konconya berjaya memikat Sultan untuk memihak pada mereka, tapi dapatkah mereka menawan hati rakyat Perak dan seluruh rakyat Malaysia. Apa yang berlaku mutakhir ini menunjukkan betapa marahnya mereka pada UMNO (saja) atas sikap biadap mereka membelakangi perlembagaan. Kalau siapa-siapa yang buka internet dapat diperhatikan rakyat memijak gambar Najis sewaktu demonstrati di Bukit Chandan. Situasi begini hanya dilihat dalam demonstrasi menentang Israel di mana gambar Bush atau Perez dipijak. Apa maksudnya ini, jangan besok bukan saja gambar dipijak, silap-silap Najis sendiri rakyat akan pijak (bila dapat peluang tangkap dialah). Dan banyak program-program yang dirancang untuk Najis dibatal di saat-saat akhir. Maklumat yang saya terima hari ini, Sultan Perak juga menangguhkan majlis bersama rakyat yang dijadualkan 10 Feb (kalau tak silaplah) di Bt Gajah atas nasihat Polis. Pada hemat saya baginda tuanku mungkin telah diberi taklimat akan situasi di negeri Perak yang agak genting buat masa ini. Dan majlis angkat sumpah exco pada hari Selasa juga mungkin akan dipindahkan ke tempat lain atas sebab-sebab keselamatan. Ini jelas memberi gambaran bahawa rakyat tak akan duduk diam, terus menentang walaupun terhadap Sultan agar kuasa dipulangkan kepada mereka. Kalaulah ditakdirkan ada pilihanraya negeri Perak dan BN menang 2/3 majoriti, nak ambil ambillah, kita pun tak kisah. Ini yang tak elok main ikut pintu belakang, cara kotor, umpan sana umpan sini. Dah memang adat prinsip perjuangan UMNO (saja) "by hook and by crook, I must be in power". Macam kata Tan Sri P.Ramlee dan kisah 3 Abdul, "bapa di sana tu penyangak, abang-abang di sini penyamun, dah kena dah penyamun jual penyangak, apa salah nya".

Jadi sama-samalah kita menggerakkan minda kita untuk terus menentang segala bentuk pencabulan terhadap hak kita sebagai rakyat. Nasihat saya kepada semua, biarlah kita takut pada Allah s.w.t dan jangan kita takut pada manusia. Baik Sultan, Menteri, Hakim, PM, KPN atau apa juga jawatan tertinggi negera, mereka juga manusia juga yang satu hari nanti muka mereka akan tersembam di tanah perkuburan untuk menjawab segala soalan mungkar dan nangkir atas segala kebaikan dan kejahatan merek di dunia. Mungkin hari ini kita gagal tidak bererti kita akan gagal selamanya. Gerakkan usaha untuk membenam BN dengan dua batu nesan pada PRU 13 nanti. Insya allah dan jumpa lagi. Salam.

No comments: